



Akhirnya penantian warga Johor hampir berakhir pada 14 Januari 2023. Decathlon dengar permintaan korang untuk bukak cawangan di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru! HOORAYYY ![]()
Fuhhh, power tak power Johor ni sebab outlet Decathlon di Toppen ni adalah outlet satu tingkat terbesar di Malaysia, dan kedua terbesar secara keseluruhan selepas outlet Shah Alam! Sekali datang terus jadi antara yang terbesar. Lepas ni orang Johor tak perlu dah pergi jauh2 nak shopping kat Decathlon sebab dah dekat dah yang didatangkan dengan lebih dari 5,000 produk sukan, baju, alatan sukan yang semuanya korang boleh dapatkan dekat bawah satu bumbung dengan harga yang memang murah dan barang yang berkualiti lah.
Outlet pertama Decathlon di Johor ni telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Haji Mohd. Noorazam Bin Dato’ Haji Osman sempena VIP Members Night pada 9 Januari 2023. Memang meriah lah min cakap malam tu, dia punya semangat tu buat min rasa nak skip dari 9 Januari terus ke 14 Januari 2023 lah.
Dengan slogan ‘Sukan untuk semua’, outlet dekat sini bukan setakat ada jual kelengkapan sukan je. Ada juga tau class yang korang boleh join seperti Kick Boxing, Yoga dan macam macam kelas lagi lah ![]()
![]()



Jangan lepaskan peluang untuk sertai aktviti-aktviti menarik yang diadakan sempena hari pembukaan Sabtu ini bermula jam 10 pagi nanti tau.Ada Yoga, Boxing,Mega Workout,Zumba dan banyak lagi lah. Paling penting PERCUMA! Boleh tengok gambar terakhir untuk itenerary Hari Sukan Decathlon.
Ni Min bawa korang ‘tour’ sekitar outlet terbaru Decathlon Toppen Shopping Centre yang akan dibuka secara rasmi pada Sabtu ni, 14 Januari 2023. Nanti dah boleh lah fikir dari sekarang nak beli apa nanti. Selamat membeli belah! ![]()
























Join MY Decathlon Club harini!
https://play.decathlon.my/activities
GRAND OPENING ![]()
![]()
![]()
π 14 Januari 2023 (Sabtu)
πToppen Shopping Centre
π© Berdekatan Parking Toppen Zone ‘G’ dan ‘I’
β° 10:00 Pagi – 10:00 Malam