Jom kita bermadu 4 hari ni! Orang lelaki suka letew. Sabar ye kakak2 sekelian. Gurau jer. Kedai Soto Perdana Madu 4 ni special sebab dia menggunakan ayam yang direbus dan dicarik carik halus (selalu orang pakai ayam goreng kan). Kira memang maintain original soto! Kira terasa betul la soto ni dengan kuah yang ngam. Tapi kan, tempat duduk di sini agak terhad. Kena pulak dengan SOP yang ketat sekarang ni. Kena bersabar tunggu giliran. Kalau tapaw pun ok gak. Tak yah bersesak-sesak nak duduk kat situ.
Warung ni terletak dicelah celah lorong bersebelahan dengan bangunan Timjaya dan kedai motor Kawasaki.
[Lokasi]
Masuk jer jalan Skudai Kiri jumpa lah kedai ni (Ada flyover Skudai daripada Bandar Baru Uda)
Selamat menjamu soto!


