Woodfire Burger Ada Cawangan Baharu Lah Di Taman Gaya. Senang lah orang Ulu Tiram nak layan Woodfire lepas ni!

B
A
C

Buat peminat WoodFire! Dah ada cawangan Woodfire terbaru lah dekat Taman Gaya yang baru je bukak pada bulan Disember 2022 haritu. Senang lah orang Ulu Tiram nak layan WoodFire lepas ni kan! Tak perlu dah nak pergi jauh jauh lagi dah 🍔

I
G
E
F

Mimin masa pergi haritu dapat lah rasa menu istimewa cawangan Gaya Garden ni iaitu Butter Soda yang memang ada kat cawangan ni je. Rasa dia memang unik lah, rasanya seperti ‘makan’ popcorn dalam bentuk cecair. Tapi memang best lah rasa dia manis manis dan ada rasa ber-gas di hujung tu.

Min masa datang ke Woodfire Gaya Garden ni, min makan Lamb RIbs, Double Patty Burger, Brisket Burger, Cheese Steak, Milkshakes, dan juga Butter Soda. Lamb Ribs dia tu memang fuhhh terkenang lah orang kata. Rasa perapan dia memang sempurna, dimasak elok, dan memang cair di mulut tau. Memang tak rugi lah kalau korang order

Tak lengkap lah kan dah datang Woodfire Burger tak try Burger. Min order Double Patty Burger yang ada 2 patty yang korang boleh pilih nak gabungan yang macam mana. Nak ‘Beef + Beef’ ke, tak pon ‘Chicken + Chicken’ ataupun nak campur ‘Beef + Chicken’ pon no hal lah. Best seller pon mesti lah kene rasa jugak kan iaitu Brisket Burger yang rasa dia memang WOW lah, balik rumah pon teringat lagi tau. Bayangkan lah dalam 1 burger tu korang boleh makan Patty (beef atau chicken) ditambah pulak dengan Beef Brisket. Rasa dia memang Chef Kiss lah.

Tak ketinggalan lah Cheese Steak, ni pon antara menu wajib order kalau Min datang sini tau. Rasa tak lengkap lah kalau takde tu. Dah makan makan, takkan tak minum kan. Selain Butter Soda, Min cuba juga Biscoff dan Chocolate milkshake. Fuhhh, best combo ever!

Boleh lihat senarai menu di gambar last sekali. Boleh lah ajak geng2 atau family layan WoodFire di cawangan baru Gaya Garden, Taman Gaya, Ulu Tiram. Kat sini nak lepak makan kat outdoor seating dia pon best jugak tau. Enjoy your burger nanti! 😋

D
N
M
O

📍 No 8C, Gaya Garden, Jalan Gaya 1, Taman Gaya, Johor Bahru

🚗 Waze: Woodfire Gaya Garden

⏰ 12:00 Tengahari – 10:00 Malam (Selasa – Ahad),

⏰ 3:30 Petang – 10:00 Malam (Jumaat), Isnin Tutup

☎️ 019 3713721

Instagram

T
Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial